QALOFA
Menu

INI SEBAB KENAPA BAHAYANYA KASUT BERTUMIT TINGGI!

 

Memakai kasut bertumit tinggi ni membuatkan cara berjalan lebih menarik. Ternyata pemakaian kasut ni membuatkan wanita tampak lebih ayu dan menarik ketika mengenakan kasut bertumit tinggi.

Tapi, tahukan anda, pemakaian kasut bertumit tinggi lebih banyak buruk dari baik?

Menurut Tania Kapila, seorang doktor dalam bidang perubatan podiatrik (kaki, buku lali dan yang sewaktu dengannya), tak ada high heels yang ideal di luar sana kerana mereka semua menyebabkan trauma kepada kaki si pemakai. Bukan saja dari segi sakit sendi atau otot, tapi juga kematu dan ketuat. Aduh!

“Perkara yang anda perlu praktikkan adalah kesederhanaan. Untuk satu malam, anda boleh pakai high heels tapi tahulah yang esoknya kaki anda akan rasa sakit. Pakai pada satu malam saja adalah lebih baik daripada pakai high heels setiap hari,” katanya.

Pelakon tanah air , Zara Zya turut menyatakan rasa penyesalan bila terlalu kerap memakai kasut begini.

 

 

 

Sekiranya anda terpaksa juga memakai kasut bertumit tinggi, berikut adalah cadangan yang disarankan :-

  • Memilih ketinggian tumit kasut. Ketinggian yang sesuai adalah 2 inci ke bawah. Ata upon pemakaian wedges, kasut yang betapak penuh.
  • Memakai jika perlu sahaja. Jika mula terasa sakit pada kaki atau betis, berhenti memakai.
  • Pemilihan material kasut yang lembut seperti suede , dapat mengurangkan sakit kaki dan juga melecet.

Leave a Comment

Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0
Scroll to Top