APAKAH BUNION BERBAHAYA?

 

BUNION?

BUNION atau nama medical nya HALLUX VALGUS ialah keadaan di mana tulang pada sendi jari Metatarsophalangeal joint ( MTP joint) di ibu jari kaki , menyenget ke dalam ( lari alignment nya ), dan lama kelamaan membentuk bengkak pada sendi itu.Bunion ni bukanlah bengkak biasa pada sendi ubi jari, tapi ianya benjolan. Yang mana, jika tidak dijaga, benjolan ini akan membesar dan menyukarkan untuk berjalan.

Bunion ni Selalunya berlaku kepada wanita berbanding lelaki. Kenapa ini terjadi?

Ini biasanyalah disebabkan oleh rekaan kasut untuk wanita yang tak sesuai. Contohnya rekaan yang sempit depan dan bertumit tinggi. Jadi lelaki memang jarang la dapat penyakit ini.

Kenal Oprah Winfrey? Selebriti ni menderita penyakit kecacatan sendi ( bunion) ni kerana kerap memakai kasut bertumit tinggi sejak muda. 

KENAPA BERLAKUNYA BUNION : –

  • Pemakaian kasut yang ketat dan tirus di hadapan akan membuatkan ibu jari menyenget ke dalam dan sendi akan bengkak.

  • Faktor keturunan.
  • Pemakaian kasut tumit tinggi  yang tidak terkawal.

 

BAGAIMANA MERAWAT BUNION? :-

  • Pakai kasut yang bertapak lebar dan lembut materialnya. Material yang lembut ini untuk mengelak bahagian tepi kaki dari melecet. Bahagian kasut tu mestilah tidak sempit. Elakkan memakai kasut yang tirus di depan!

           Bentuk kasut seperti ini dapat mengurangkan kesakitan pada sendi. Contohnya seperti kasut Zaara.

  • Memakai Bunion Corrector.

    Secara umum ada 3 jenis bunion correctors.

    • Toe Separators: Guna alat ini akan renggangkan jarak antara ibu jari kaki – jari kedua, so mengurangkan geseran.
    • Bunion Sleeves: Ia melindungi MTP joint yang terbonjol tu dari bergeser dengan kasut, dan dalam masa yang sama ia bantu meluruskan ( elak further misalignment tulang) ibujari kaki.
    • Bunion Pad/Padding: mengurangkan geseran dan beri rasa lebih selesa. Boleh didapati di sini. 

  • PEMBEDAHAN. Sekiranya keadaan bunion semakin teruk, kesakitan pada sendi tidak dapat di tahan dan mengganggu rutin harian, anda perlu membuat pembedahan bertujuan untuk meluruskan kembali tulang sendi. Ini perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat dari pakar orthopedik.

 

MASALAH YANG DIHIDAPI OLEH PESAKIT BUNION 

Walaupun bunion adalah hanya bonjolan tulang yang terkeluar, tetapi pesakit bunion akan mengalami masalah – masalah seperti berikut :

  • Sakit atau kaku pada sendi ibu jari kaki
  • Bengkak pada sendi ibu jari kaki
  • Kesukaran untuk berjalan
  • Kesukaran untuk mencari kasut sesuai

Boleh dikatakan, pemakaian kasut adalah faktor tersebar terjadinya bunion. Jadi, sekiranya korang nak cari kasut, pastikan, memilih bahagian depan kasut yang bertapak lebar, tumit tidak terlalu tinggi atau memilih platform kasut seperti wedges yang bertapa rata dan lebih luas. 

Share artikel ini supaya dapat memberi kesedaran kepada para wanita di luar sana.

7 thoughts on “APAKAH BUNION BERBAHAYA?”

  1. Saya selalu pakai size 39/40 tapi bila ukur balik ikut carta Size kaki mcm size 35/36. Macam mana yea nak pilih.. Size kaki saya lebar 10.5+/- & panjang 22.5+/-. Saya ada kaki lebar dan berisi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top